Kembali
Maklumat Aktiviti

Perbincangan Pemasangan Cctv Bersama Y.B Kota Damansara

Keselamatan  ·  18-09-2025 — 18-09-2025
Pada 18 September 2025, pihak MC bersama RA Latan Biru telah mengadakan pertemuan rasmi dengan YB Tuan Muhammad Izuan bin Ahmad Kasim di Pejabat YB Kota Damansara bagi membincangkan permohonan pemasangan CCTV untuk komuniti Latan Biru. Syukur alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan baik dan YB dengan berbesar hati telah bersetuju untuk menanggung separuh daripada keseluruhan kos projek CCTV ini, manakala separuh lagi akan ditanggung oleh pihak MC. Inisiatif ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan lebih 1,000 penduduk di 264 unit kediaman Latan Biru.
Lampiran 1